- Lain-lain
China Tetap Enjin Penting bagi Pertumbuhan Ekonomi Global
Ekonomi China terus pulih dengan trend pertumbuhannya kekal mapan pada keseluruhannya, sehingga negara ini masih menjadi enjin penting bagi pertumbuhan ekonomi global.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Rabu sebagai respons terhahap dakwaan sesetengah politikus dan media Barat tentang kelembapan ekonomi China mungkin menjadi risiko kepada pertumbuhan ekonomi global.
Wang menyatakan, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) China meningkat 5.5 peratus pada separuh pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Kadar ini lebih pantas daripada kadar pertumbuhan sebanyak tiga peratus pada tahun lepas, dan juga lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan tahunan purata 4.5 peratus dalam tempoh tiga tahun tatkala negara ini dicengkam penularan pandemik COVID-19, selain lebih tinggi tiga mata peratusan daripada kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat," kata Wang.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Dunia yang dikemas kini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada bulan lepas, ekonomi China dijangka meningkat 5.2 peratus dan menyumbang satu pertiga kepada pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini.
"Pembangunan ekonomi China telah melakar kemajuan yang menggalakkan dengan menjanjikan prestasi terbaik dari segi kualiti dan kuantiti. Penggunaan memainkan peranan yang lebih kuat dalam memacu pertumbuhan ekonomi."
"Permintaan domestik menyumbang 110.8 peratus kepada pertumbuhan ekonomi di negara ini pada separuh pertama tahun ini, iaitu 59.4 mata peratusan lebih tinggi daripada tempoh sama tahun lepas."
"Daripada jumlah itu, sumbangan penggunaan muktamad berjumlah 77.2 peratus, meningkat sebanyak 46.4 mata peratusan," kata Wang.
- China Sokong Multilateralisme, Dagangan Bebas: PM Li
- PM China Ditemui Pengerusi Eksekutif WEF
- Forum Davos Musim Panas ke-14 Dijadual Hujung Jun
- Pertumbuhan Ekonomi China Positif Buat Dunia: NIESR
- China Enjin Pertumbuhan Ekonomi Global: Pakar AS
- Qin Gang: G20 Digesa Memikul Tanggungjawab Menyumbang kepada Pembangunan dan Kemakmuran Dunia
- China, Enjin Pertumbuhan Dunia: Ketua Pengarah WTO
- Sidang Tahunan WEF Buka Tirai
- Jangkaan Pertumbuhan Ekonomi Global 2023 Turun ke 1.7%
- Kembangkan Ekonomi Digital, Bawa Manfaat kepada Rakyat Dunia: Xi