- Lain-lain
China Enjin Pertumbuhan Ekonomi Global: Pakar AS
China akan kekal menjadi enjin pertumbuhan global tahun ini berkat potensi besar serta momentum yang kuat dalam pembangunan ekonominya, kata seorang pakar Amerika Syarikat (AS).
Felow Penyelidik Kanan dari Institut Pengajian China-Amerika (ICAS), Sourabh Gupta kagum dengan pencapaian China dalam pembangunan ekonomi sepanjang empat dekad lalu, sambil menyatakan negara itu memiliki peluang pembangunan yang cukup besar.
"Saya dimaklumkan bahawa China menyasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar sekitar lima peratus pada 2023."
"Dasar keterbukaan yang dilaksanakan kerajaan menyumbang kepada momentum kukuh pertumbuhan negara itu," katanya semasa temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Gupta berkata komitmen China untuk memperdalam reformasi dan memperluas keterbukaan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan secara konsisten.
"Ini menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi China dan sejagat," ujar beliau.
- Qin Gang: G20 Digesa Memikul Tanggungjawab Menyumbang kepada Pembangunan dan Kemakmuran Dunia
- China, Enjin Pertumbuhan Dunia: Ketua Pengarah WTO
- Sidang Tahunan WEF Buka Tirai
- Jangkaan Pertumbuhan Ekonomi Global 2023 Turun ke 1.7%
- Kembangkan Ekonomi Digital, Bawa Manfaat kepada Rakyat Dunia: Xi
- Golongan Muda Sambut Baik Konsep Pembangunan China yang Berpaksikan Rakyat - Tinjauan
- Apa yang Sedang Berlaku di China dalam Masa Seminit?
- China akan Sumbang Lebih Banyak Tenaga Positif kepada Pertumbuhan Ekonomi Dunia