- Lain-lain
Pinjam Haba daripada Bumi
Ketika cuaca panas, orang tidak bergantung pada penyaman udara untuk menyejukkan rumah, tetapi pada tenaga geoterma yang tersimpan di dalam tanah. Pernahkah anda mendengar alat yang mempungai fungsi sedemikian?
Boleh memanaskan dan menyejukkan, dan sumber geoterma besar peranannya dalam memastikan mata pencarian dan penggunaan tenaga penduduk
Istilah 'geoterma' merujuk kepada tenaga haba yang wujud di dalam batu dan tanah serta bendalir dan magma di dalam bumi, dan boleh dieksploitasi dan dimanfaatkan oleh manusia. Bergantung pada kedalaman, tenaga geoterma biasanya dibahagikan kepada tenaga geoterma cetek (sehingga kira-kira 200 meter dari permukaan bumi), sumber geoterma hidroterma (tenaga haba dalam bentuk air panas dalam julat kedalaman 200 meter hingga 3000 meter) dan batu kering panas (lebih 3000 meter di bawah tanah).
Menurut orang dalam industri ini, penerokaan tenaga geoterma melibatkan teknologi cari gali. Sama seperti mencari minyak dan gas di bawah tanah, untuk mengeksploitasi sumber geoterma, seseorang mesti terlebih dahulu menilai sama ada kawasan tersebut mengandungi geoterma, dan menggunakan penerokaan seismik dan cara lain untuk mengira lokasi tenaga geoterma melalui lengkung halaju gelombang seismik yang dihantar dalam formasi batuan yang berbeza. Kemudian, melalui teknologi penggerudian geoterma, sumber geoterma seperti air bersuhu tinggi di dalam tanah disalurkan ke permukaan.
Tenaga haba yang tersimpan di dalam tanah boleh digunakan bukan sahaja untuk pemanasan pada musim sejuk, tetapi juga untuk penyejukan pada musim panas.
Stesen pertukaran haba terletak di pangkalan ujian perintis Pusat Inovasi Sains dan Teknologi di Daerah Baru Xiong'an, Hebei. (foto: Liao Ruiling/People's Daily Overseas Edition)
"Kami tak menggunakan penyaman udara untuk penyejukan, tetapi tenaga geoterma cetek," jelas Gao Xiaorong, pengurus besar Sinopec Lvyuan Geothermal Energy Development Co., Ltd.
Melalui saluran paip, tenaga haba bawah tanah diangkut keluar, dan melalui unit pam haba, air dan batu bawah tanah dan jisim tanah menjalani pertukaran sejuk dan panas. "Pada musim sejuk, kami 'mengekstrak' haba daripada batu dan jisim tanah untuk pemanasan ruang dalam. Pada masa ini, batu bawah tanah dan jisim tanah adalah 'sumber haba'. Pada musim panas, haba dalaman 'diekstrak' dan dilepaskan ke dalam batu dan jisim tanah, dan air sejuk, kira-kira 11 darjah Celsius dihasilkan, yang kemudiannya diangkut ke kipas melalui pam pengedar. Udara sejuk akan 'ditiup' keluar untuk menyejukkan badan," kata Gao Xiaorong lagi.
Di pekan Niujie, kaunti Eryuan, bandar Dali, Yunnan, penduduk tempatan menggunakan air geoterma untuk memanaskan telur. (foto: Liao Ruiling/People's Daily Overseas Edition)
Berbanding dengan sumber tenaga tradisional seperti batu arang, minyak dan gas asli, dan sumber tenaga boleh baharu seperti angin dan cahaya, tenaga geoterma adalah sumber tenaga yang agak kecil. Tetapi kerana pengedarannya yang luas, rizab yang besar, kestabilan dan kebolehpercayaan, kesan pengurangan pelepasan karbon yang jelas dan sebagainya, hasil bumi ini telah digunakan secara meluas.
Menurut data, pada akhir 2020, skala penggunaan langsung geoterma China telah mencapai 40.6 GW, menyumbang 38% daripada jumlah dunia, terdepan di dunia selama beberapa tahun berturut-turut. Kawasan pemanasan dan penyejukan geoterma China telah mencapai 1.39 bilion meter persegi, dengan purata pertumbuhan tahunan kira-kira 23% untuk hampir 5 tahun ini.