- Lain-lain
23 Maut Akibat Cuaca Panas di Korea Selatan
Sekurang-kurangnya 23 orang maut akibat cuaca panas di Korea Selatan pada musim panas tahun ini, iaitu pada 20 Mei hingga 1 Ogos, menurut statistik terkini jabatan bomba Korea Selatan pada 2 Ogos. Pada perkembangan berkaitan, Kementerian Pentadbiran dan Keselamatan Korea Selatan menaikkan tahap amaran suhu tinggi daripada tahap "berjaga-jaga" kepada tahap "serius" pada pukul 6.00 1 Ogos, di samping menggerakkan tindak balas kecemasan peringkat I bagi Ibu Pejabat Pencegahan Bencana Pusat. Ini kali pertama Korea Selatan mengeluarkan amaran suhu tinggi tahap "serius" pada tahun ini. Kali terakhir pihak berkuasa Korea Selatan menaikkan tahap amaran suhu tinggi ke "serius" adalah pada 2019. Menurut ramalan Pentadbiran Meteorologi negara itu pula, suhu tinggi dan cuaca panas akan berterusan.
- Sekurang-kurangnya 17 Maut Akibat Cuaca Panas di Korea Selatan
- Pemulihan Ekonomi China Kondusif bagi Pertumbuhan Ekonomi Korea Selatan
- Pertemuan PM China dengan Pemimpin Jepun, Korea Selatan dan Filipina
- China Bersedia Intensifkan Kerjasama 10+3
- PM Li akan Hadir Siri Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Timur
- Korea Selatan Umum Tempoh Berkabung Hingga 5 Nov
- Xi Jinping Sampaikan Takziah kepada Yoon Suk-youl