- Lain-lain
Iraq, Syria Setuju Perkukuh Hubungan Dua Hala
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani tiba di Damsyik pada Ahad untuk mengadakan perbincangan bersama Presiden Syria Bashar al-Assad.
Ia merupakan lawatan pertama dilakukan perdana menteri Iraq ke Damsyik sejak tercetusnya krisis Syria pada 2011.
Difahamkan, perbincangan itu berkisar mengenai usaha menambah baik hubungan dua hala, meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pengangkutan dan industri, mengukuhkan perundingan politik, serta sinergi memerangi keganasan.
Semasa sesi bertemu media, Bashar berkata rantau Arab kini menyaksikan trend positif, maka dua negara harus mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi hubungan sesama negara Arab.
Dalam pada itu, Sudani menyatakan pihaknya akan menyalurkan bantuan kepada Syria dalam memulihkan ekonomi, selain bekerjasama dengan negara itu untuk memerangi keganasan dan menangani masalah kekurangan air.
- China Gesa AS dan Britain Hentikan Operasi Ketenteraan Haram di Syria
- Pembangunan Damai, Aspirasi Rakyat Asia Barat
- Syria Diterima Semula Liga Arab
- Presiden Iran Lawat Syria
- Turkiye Isytihar Ketua Daesh Terbunuh di Utara Syria
- Penyelesaian Krisis Syria Dijadikan Keutamaan
- Sekatan Sepihak adalah Keganasan Ekonomi: Menteri Luar Syria
- China Desak Batalkan Sekatan Sepihak Haram Terhadap Syria
- Negara Berkaitan Digesa Tarik Balik Sekatan Haram
- Pegawai Kanan PBB: Gempa Bumi Turkiye-Syria “Malapetaka Terburuk” Dalam Seabad Lalu