- Lain-lain
Pembangunan Damai, Aspirasi Rakyat Asia Barat
China menyeru supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) lebih mendengar suara Liga Arab dan negara rantau berkenaan, serta menyokong mereka menyelesaikan pertikaian menerusi kaedah sendiri.
Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata sejak kebelakangan ini, hubungan antara beberapa negara di rantau Asia Barat semakin pulih, sementara penyelesaian isu-isu tumpuan mencapai kemajuan positif.
"Keanggotaan semula Syria dalam Liga Arab selepas 12 tahun turut mencerminkan aspirasi rakyat rantau itu untuk menentang konfrontasi sesama blok, meredakan ketegangan situasi dan mengejar pembangunan secara damai," ujar beliau semasa mesyuarat terbuka UNSC pada Khamis.
Beliau berkata China akan terus bersinergi dengan negara-negara Arab untuk memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib pada era baharu, sekali gus menyumbang kepada kedamaian berkekalan, keselamatan universal dan kemakmuran bersama di Asia Barat.
- Syria Diterima Semula Liga Arab
- Presiden Iran Lawat Syria
- Turkiye Isytihar Ketua Daesh Terbunuh di Utara Syria
- Penyelesaian Krisis Syria Dijadikan Keutamaan
- Sekatan Sepihak adalah Keganasan Ekonomi: Menteri Luar Syria
- China Desak Batalkan Sekatan Sepihak Haram Terhadap Syria
- Negara Berkaitan Digesa Tarik Balik Sekatan Haram
- Pegawai Kanan PBB: Gempa Bumi Turkiye-Syria “Malapetaka Terburuk” Dalam Seabad Lalu
- Situasi Kemanusiaan Genting di Syria
- Guterres: Elakkan Tindakan Menyelamat di Syria Terjejas Ekoran Sekatan