99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Elak Bahang Musim Panas di dalam Gua Ais Shanxi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 13 Julai 2023
Elak Bahang Musim Panas di dalam Gua Ais Shanxi
Foto menunjukkan bahagian dalam sebuah gua ais di kaunti Ningwu, provinsi Shanxi. (foto: Cao Jiangguo/Chinadaily)

Ketika orang di seluruh negara sedang bertarung dengan cuaca panas terik pada musim panas ini, pelancong yang berkunjung ke kaunti Ningwu di provinsi Shanxi berpeluang mengelakkan bahang sang suria dan menikmati kesejukan di dalam sebuah gua ais.

Terletak di ketinggian 2,300 meter, suhu di dalam gua tersebut kekal pada kira-kira -4 darjah Celsius sepanjang tahun.

Pakar menyatakan gua itu kemungkinan terbentuk pada tempoh glasier Cenozoic sekitar tiga juta tahun dahulu.

Lawatan ke sini menjanjikan satu pengalaman unik, dengan bunga-bungaan bermekaran indah menyambut ketibaan pelancong sebelum melangkah masuk ke alam ajaib yang dibaluti ais.

Gua terbahagi kepada tiga tahap, yang setiap satunya penuh dengan bentuk-bentuk ais yang mengagumkan seperti isikel, jatuhan ais dan stalagmit ais, umpama dunia dalam cerita dewa-dewi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan