- Lain-lain
Aksu: Daripada Padang Pasir kepada Tembok Besar Hijau
Daerah Aksu, wilayah Xinjiang terletak di utara padang pasir Taklimakan, iaitu padang pasir terbesar di China.
Sekitar 1980-an, Aksu mengalami cuaca ribut pasir yang mencatat hampir 100 hari setahun.
Jarak di antara padang pasir dengan kawasan bandar hanya 6 kilometer sahaja dan ia semakin berkurang sebanyak 5 meter setiap tahun.
Sejak tahun 1985, kerajaan tempatan mula menanam hutan ekologi berskala besar di kawasan Kekeya untuk mencegah angin kuat dan melindungi tanah.
Penanaman pokok tersebut turut dilaksanakan oleh penduduk tempatan secara sendiri tanpa sokongan dana, upah kerja selain sumber peralatan profesional yang terhad.
Untuk memastikan pokok-pokok bertahan di Kekeya, penduduk Aksu melindungi hutan semisal menjaga anak sendiri.
Malah, perlindungan hutan turut disifatkan sebagai simbol kehormatan di kawasan tersebut.
Dari tahun 1986 hingga 2020, projek penghijauan Kekeya telah menyaksikan hutan seluas 80,200 hektar berjaya ditanam.
Ia sekali gus meningkatkan kadar liputan hutan daripada 3.35 peratus kepada 9.05 peratus sehingga membentuk sebuah 'Tembok Besar Hijau' di pinggir utara padang pasir Taklimakan.
Dalam tempoh tiga dekad lalu, Aksu telah menjadi kawasan pengeluaran buah-buahan hutan utama di Xinjiang, dengan nilai output tahunan sebanyak puluhan bilion yuan.
Manakala, projek penghijauan itu pula memberi peluang pekerjaan untuk jutaan rakyat yang meliputi bidang penanaman, pemprosesan dan jualan.
Selain membuka peluang pekerjaan berskala sangat besar, rantaian industri buah-buahan hutan Aksu juga menyuntik kedinamikan kepada pembangunan kawasan desa.
- Yushu, Qinghai, Tempat yang Didambakan Jurugambar Hidupan Liar
- Presiden Xi Tandatangan Dekri
- Monyet Daun Francois Ditemui di Barat Daya China
- Wang Feiteng, Si Pelindung Glasier
- Xi Pekan Akan Cara Hidup Mesra Alam
- Hari Alam Sekitar Sedunia: Guangzhou, Habitat Mesra Burung
- China Jadi Contoh Kawalan Penggurunan
- Xi Tandatangan Dekri
- China Miliki 18 Tanah Lembap Antarabangsa Baharu
- Forum Ekologi Global Guiyang 2023 Buka Tirai
- Komuniti Langit Gelap Antarabangsa China yang Pertama Dianugerahi
- Usaha CNBG Pulihara Tumbuhan Capai Kemajuan Baharu
- China Lulus Undang-Undang Lindung Ekosistem Dataran Qinghai-Tibet
- Kejayaan Tadbir Urus Ekologi China Dapat Pujian
- Xi Mahu Usaha Konsisten Cipta Keajaiban Baharu dalam Bendung Penggurunan
- Xi: Terus Pergiat Rancangan Mega "Tembok Besar Hijau"
- Senada Seru Perkukuh Kerjasama Rungkai Cabaran Global