- Lain-lain
Xi: Arus Zaman yang Damai, Membangun, Kerjasama dan Sama Menang Tidak Terhalang
Presiden China, Xi Jinping menghadiri mesyuarat ke-23 Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan menyampaikan ucaptama menerusi pautan video di Beijing semalam.
Xi menyatakan bahawa dunia ini berada dalam landskap pergolakan yang drastik, sedangkan masyarakat manusia menghadapi cabaran yang tidak pernah ditemui pada masa lalu. Bersatu-padu atau berpecah-belah? Berdamai atau berkonflik? Bekerjasama atau Berkonfrontasi? Soalan-soalan macam itu selalu kedengaran pada zaman ini. Hasrat rakyat pelbagai negara untuk hidup lebih baik adalah hasrat kita semua, dan arus zaman yang damai, membangun, kerjasama dan sama menang adalah tidak terhalang.
Xi menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak melaksanakan Inisiatif Keselamatan Sejagat, mengekalkan penyelesaian perselisihan antara negara melalui dialog dan rundingan, mendorong isu yang merupakan tumpuan antarabangsa dan serantau ditangani secara politik, dan memperkukuh pelindung keselamatan serantau.
Xi menyatakan, sempena ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) saranannya, China akan menganjurkan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI ke-3 pada tahun ini, dan mengalu-alukan kehadiran pelbagai pihak agar BRI boleh menjadi semakin relevan dalam senario global.
- Sama Menang, Iran Bakal Anggotai SCO
- Xi Bakal Hadir Sidang Kemuncak SCO
- China Mahu SCO Lebih Rapat
- Qi Gang Bakal Melawat Myanmar dan Hadiri Sidang Menteri Luar SCO di India
- Presiden Iran Tandatangani Perintah untuk Anggotai SCO
- PM China Pengerusikan Mesyuarat ke-21 Majlis Ketua Kerajaan Anggota SCO
- Mesyuarat ke-21 Majlis Ketua Kerajaan Anggota SCO Berlangsung Hari Ini
- SCO Suntik Tenaga Positif kepada Kedamaian dan Kemakmuran Dunia
- Lawatan Singkat Presiden Xi Amat Berhasil
- China, Iran Sasar Kerjasama Lebih Kukuh