- Lain-lain
China, Iran Sasar Kerjasama Lebih Kukuh
China sentiasa melihat hubungan dengan Iran dari perspektif strategik dan jangka panjang, dan bersedia memperkukuh komunikasi dan koordinasi strategik ke arah memantapkan lagi ikatan kedua-dua negara.
Demikian kata Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu rakan sejawatnya dari Iran, Ebrahim Raisi di Wisma Tamu Negara Samarkand di Uzbekistan pagi tadi.
Xi mengucapkan tahniah kepada Iran yang bakal menganggotai Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), sambil berkata China bersedia memperkasa penyelarasan dan kerjasama dengan Iran dalam kerangka SCO.
Beliau turut menyatakan China akan terus mengambil bahagian secara konstruktif dalam rundingan mengenai pemulihan perjanjian nuklear Iran, serta menyokong usaha Iran dalam mempertahankan hak dan kepentingan yang sah.
Sementara itu, Raisi meluahkan kesediaan untuk mempertingkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, dan terus mengembangkan perkongsian strategik komprehensif Iran-China.
Kata beliau, Iran yakin bahawa keanggotaannya dalam SCO akan membantu meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam kerangka multilateral di peringkat antarabangsa dan serantau.