99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Vietnam Ikrar Majukan Hubungan Dua Hala

(CRI)Isnin 26 Jun 2023

China dan Vietnam harus mengukuhkan komunikasi strategik, mempercepat penyelarasan strategi pembangunan, sekali gus membawa kemajuan lebih besar dalam hubungan dua hala.

Demikian kata Menteri Luar China, Qin Gang ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Bui Thanh Son di Beijing pada Ahad.

Bui Thanh Son mengiringi Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh membuat lawatan rasmi yang pertama ke China bermula 25 hingga 28 Jun.

Qin menyifatkan lawatan PM Pham Minh Chinh ke Beijing kali ini pasti akan menyuntik penggerak baharu bagi memantapkan kolaborasi strategik komprehensif China-Vietnam.

Dalam pada itu, Bui Thanh Son mengulangi pendirian negaranya yang sentiasa memprioritikan hubungan dengan China dan teguh mengamalkan dasar satu China.

Beliau turut berharap agar kerjasama pragmatik dan hubungan bilateral antara Vietnam dengan China dapat terus dimantapkan menerusi lawatan PM Pham Minh Chinh kali ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan