Penduduk pekan Hule di bandar Ningguo membuat Zongzi, iaitu ketupat pulut berbentuk piramid yang dibalut dengan daun buluh atau daun mensiang, menjelang ketibaan Pesta Perahu Naga, 17 Jun 2023. Pekan Hule, sebuah pekan kuno di provinsi Anhui, timur China, mengadakan persembahan tanglung sebagai tradisi pada hari-hari perayaan. Penduduk setempat mempersembahkan tarian dengan tanglung berbentuk ikan dan naga, serta meletakkan tanglung terapung berbentuk teratai di sungai. Satu siri aktiviti termasuk jamuan meja panjang dan pameran tanglung telah diadakan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. (foto: Xiaohong/Xinhua) |