- Lain-lain
Sipres Gergasi Ditemui di Barat Daya China, Rekod Baharu Asia
Foto udara yang diambil pada 15 Jun 2023 ini menunjukkan tempat tumbuhnya pokok paling tinggi di Asia iaitu kaunti Bome, wilayah autonomi Tibet, barat daya China. (foto: Jigme Dorje/Xinhua) |
Rekod bagi pokok paling tinggi di Tanah Besar China telah beberapa kali dibaharui dalam masa setahun yang lalu.
Pada bulan April tahun lepas, satu pasukan penyelidikan yang diketuai Universiti Peking menemui sebatang pokok setinggi 76.8 meter di kaunti Medog, wilayah autonomi Tibet. Pokok berkenaan merupakan yang paling tinggi di China ketika itu. Rekod tersebut dipecahkan sebulan kemudian apabila sebatang pokok yang tingginya mencecah 83.2 meter dijumpai di kaunti Zayu. Pada bulan Mei tahun ini, rekod sama dibaharui lagi berikutan penemuan sipres gergasi dengan ketinggian 102.3 meter di kaunti Bome, Tibet. Penemuan ini bahkan mencatat rekod baharu untuk seluruh benua Asia bagi pokok paling tinggi.
Pokok-pokok gergasi ini ada satu persamaan. Kesemuanya tumbuh dalam lingkungan bandar Nyingchi, terutamanya di kaunti Medog, Zayu dan Bome.
Wang Zi, seorang calon ijazah kedoktoran di Akademi Sains China (CAS) yang juga salah seorang ahli pasukan penyelidikan yang menemui pokok setinggi 83.2 meter itu dahulu, pernah memetik langkah-langkah perlindungan ekologi serta diversiti persekitaran di Nyingchi sebagai faktor yang membawa kepada banyaknya pokok tinggi di sana.
- Ekspo Antarabangsa Pelancongan dan Kebudayaan Tibet China ke-5 Buka Tirai
- Tahniah Xi untuk Forum Pembangunan Tibet China 2023
- Kedai Kopi Bergerak di Tibet
- Rangkaian Perkhidmatan Perubatan Tibet Diwujudkan
- Keldai Liar Tibet "Berjalan-jalan" di Ngari
- Petani Tibet Adakan Upacara Bajak Musim Bunga
- Gambar-gambar Anugerah Cemerlang Festival Video, Foto Tibet
- Lumba Kuda Sempena Tahun Baharu Tibet
- Alat Muzik Tradisional Medium Jana Pembangunan Desa
- Ladang Garam Bersejarah Seribu Tahun