- Lain-lain
Rundingan Pegawai Kanan China-AS di Beijing
Satu rundingan produktif telah berlangsung antara pihak China dan Amerika Syarikat (AS) di sini, pada Isnin.
Difahamkan, Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Asia Pasifik, Daniel Kritenbrink dan Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Kebangsaan AS bagi Hal Ehwal China, Sarah Beran telah mewakili AS untuk menemui Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu dan Pengarah Jabatan Benua Amerika dan Oceania dari Kementerian Luar China, Yang Tao.
Memetik kenyataan rasmi, kedua-dua pihak berinteraksi secara telus, konstruktif dan efisien terhadap usaha menambahbaik hubungan bilateral, dan menangani perselisihan pendapat semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak G20 di Bali pada November lalu.
Pada pertemuan itu juga, pihak China turut mengambil kesempatan untuk mengulangi pendirian sendiri berhubung isu Taiwan.
Sebelum tamatnya perbincangan tersebut, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk terus saling berkomunikasi.
- China Komited Galakkan Pembangunan Damai: Li Shangfu
- Anggota G7 Tuding Jari Isu Taiwan, Ibarat Jolok Sarang Tebuan
- WHA Menolak Lagi Usul Melibatkan Taiwan
- Keputusan China Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA Dapat Sokongan Meluas
- Lawatan 'Performatif' Truss ke Taiwan Undang Kecaman
- Wang Yi Bertemu Sullivan
- Korea Selatan Digesa Patuhi Prinsip Satu China
- Guatemala Diingat Jangan Beranikan Kuasa Pemisah
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- PLA Pantau Kapal Milius Melalui Selat Taiwan