- Lain-lain
Anggota G7 Tuding Jari Isu Taiwan, Ibarat Jolok Sarang Tebuan
Kartun oleh Tan Xiguang. (Foto diperoleh untuk People.cn. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.) |
Pada 19 hingga 21 Mei, Kumpulan Tujuh atau digelar sebagai G7 yang diketuai oleh Amerika Syarikat mengadakan sidang kemuncak di Hiroshima, Jepun dan membangkitkan isu-isu berkaitan dengan China, termasuk isu Taiwan.
Ini bukan kali pertama G7 menjadikan isu-isu tersebut sebagai alasan untuk memburuk-burukkan China. Akhir-akhir ini, G7 mengabaikan hak kedaulatan China dan berulang kali menuding jari dalam isu Taiwan. Ini nyata sekali tindakan mencampuri urusan dalaman China secara terang-terang.
Prinsip “Satu China” adalah asas bagi mengekalkan kedamaian dan ketenangan di kedua-dua belah Selat Taiwan. Amerika Syarikat, Jepun serta anggota lain G7 sebaiknya berhenti memprovokasi China dengan isu Taiwan dan jangan menimbulkan ketidaktenteraman di Selat Taiwan. Para anggota G7 digesa mematuhi dokumen politik bilateral dengan China dan prinsip “Satu China”, berhenti menyokong dan bersubahat dengan kuasa pemisah serta bermain api dengan isu terbabit.
- Keputusan China Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA Dapat Sokongan Meluas
- Lawatan 'Performatif' Truss ke Taiwan Undang Kecaman
- Wang Yi Bertemu Sullivan
- Korea Selatan Digesa Patuhi Prinsip Satu China
- Guatemala Diingat Jangan Beranikan Kuasa Pemisah
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- PLA Pantau Kapal Milius Melalui Selat Taiwan
- Subahat AS-Taiwan: Jalan yang Buntu
- Rondaan Keselamatan PLA, Amaran Tegas kepada Kumpulan Pemisah "Kemerdekaan Taiwan"
- Tanah Besar Umum Sekatan ke atas Bi-khim Hsiao