- Lain-lain
Xi Rai Pemimpin Asia Tengah dalam Majlis Gilang-gemilang
Sinergi untuk memperdalam kerjasama antara China dengan Asia Tengah merupakan pilihan strategik pemimpin generasi ini, sekali gus selaras dengan trend semasa dunia dan aspirasi rakyat.
Demikian ujar Presiden China Xi Jinping ketika berucap pada majlis jamuan bagi meraikan kedatangan pemimpin negara Asia Tengah di Menara Ziyun di taman tema budaya Tang Paradise, Xi’an, semalam.
Xi berkata, sejak terjalinnya hubungan diplomatik, China dan negara Asia Tengah menempuhi perjalanan luar biasa dan memperoleh pencapaian yang mengagumkan dunia.
Di sebalik perubahan situasi antarabangsa, kedua-dua pihak sentiasa menghormati satu sama lain, menjalin kejiranan yang baik, bekerjasama untuk sama menang, dan terus mengorak langkah bersejarah dalam meningkatkan hubungan, kata beliau.
Menurutnya, China dan negara Asia Tengah menyuntik tenaga positif ke dalam keamanan dan pembangunan rantau serta membuat sumbangan baharu kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev, Presiden Tajikistan Emomali Rahmon, Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev yang masing-masing ditemani isteri serta Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov menghadiri majlis keraian berkenaan.
Selepas jamuan itu, Presiden Xi dan isterinya Peng Liyuan bersama semua tetamu dihidangkan persembahan seni, yang menandakan pelancaran tahun budaya dan seni rakyat China-Asia Tengah serta festival seni belia China-Asia Tengah.
- Xi dan Isteri Rai Pemimpin Asia Tengah
- Xi Galak Shaanxi Jadi Contoh Pacu Modenisasi Ala China
- Sidang ketujuh Dewan Perniagaan China-CEEC Berlangsung
- Kerjasama China-Asia Tengah Konsisten dan Substantif
- Xi'an Bersiap Sambut Tetamu Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Xi Jinping akan Pengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Bawa Makna Besar
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Dijadual Mei