99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sidang ketujuh Dewan Perniagaan China-CEEC Berlangsung

(CRI)Selasa 16 Mei 2023

Menjelang Sidang Kemuncak China-Asia Tengah, pegawai-pegawai dari Kyrgyzstan dan Uzbekistan menanti-nantikan peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China dalam pelbagai bidang dan membuahkan hasil lebih lumayan.

Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Uzbekistan, Ulugbek Azamov berkata, beliau berasa gembira atas penyambungan semula penerbangan China ke negara itu dan berharap menarik lebih 100 ribu pelancong China ke sana.

Menteri Ekonomi Kyrgyzstan, Amangeldiev menyatakan, landasan kereta api China-Kyrgyzstan dan Uzbekistan telah dalam rancangan.

“Landasan kereta api itu berpotensi besar kerana ia menjadikan sumber tenaga dan pasaran alternatif berpeluang menjadi hakikat. Atas sokongan China, negara-negara Asia tengah sedang mencari laluan dan pasaran baharu untuk menyambung laut,” kata Amangeldiev.

Timbalan Menteri Pelaburan dan Perdagangan Luar Uzbekistan, Khamidov Sarvar Ibrakhimovich berkata, China sebagai penggalak dan pelabur utama di rantau Asia Tengah, sedang memainkan peranan sangat penting.

“Projek-projek yang dilaksanakan oleh China di Asia tengah bermanfaat bagi mempererat negara-negara di kawasan tersebut. Kerjasama kedua-dua pihak tidak dihadkan pada infrastruktur, tetapi juga merangkumi bidang lain, termasuk pertanian, perubatan dan kesihatan, pendidikan dan lain-lain,” kata beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan