99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kebebasan Kehakiman HK Tolak Campur Tangan AS

(CRI)Isnin 15 Mei 2023

China mengecam keras tindakan Amerika Syarikat (AS) memburuk-burukkan undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong dan sistem kehakiman wilayah itu.

Baru-baru ini, Kongres AS mengadakan 'sesi testimoni' dan mengeluarkan apa yang disebut 'laporan' membabitkan Hong Kong, sekali gus mengancam mengenakan sekatan ke atas hakim wilayah itu.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau Dewan Negera menegaskan, kebebasan kehakiman Hong Kong tidak boleh dicampuri oleh politikus AS.

Katanya, kerajaan pusat tegas menyokong dan memastikan jabatan kehakiman dan kakitangan berkenaan di wilayah itu melaksanakan tugas mereka secara bebas dan adil mengikut undang-undang, di samping melindungi hak dan kepentingan sah mereka.

Jurucakap itu mengkritik AS menjadi perosak terbesar bagi kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman di Hong Kong.

Beliau turut memberi amaran kepada politikus AS supaya menyedari trend perkembangan sezaman dan menghapuskan khayalan mengekang China menerusi cubaan mengacau-bilaukan situasi Hong Kong.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan