- Lain-lain
AS Digesa Kurangkan Rasa Cemburu terhadap Kerjasama China-Afrika
Kerjasama antara China dan Afrika adalah baik atau tidak sepatutnya dikatakan rakyat Afrika. Amerika Syarikat (AS) digesa mengurangkan rasa cemburu terhadap itu dan sebaiknya mengambil sikap inklusif.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning membuat ulasan sedemikian tentang perkataan yang tidak betul yang dikeluarkan Jawatankuasa Regu Afrika di bawah Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri Dewan Perwakilan AS.
Mao menyatakan bahawa selama ini China dan Afrika menjalankan kerjasama substantif berdasarkan keperluan pihak Afrika dengan mengekalkan prinsip telus dan terbuka sehingga membuahkan hasil yang melimpah di merata tempat di benua Afrika.
"Institusi kewangan antarabangsa dan pemiutang komersial barulah pemiutang terbesar bagi Afrika. AS sambil menikmati dividen daripada amalan hegemoni monetari dolar Amerika sambil menuding jari terhadap kerjasama pendanaan yang sah dengan negara Afrika." Kata Mao.
"Pada hakikatnya, pelaksanaan dasar AS yang menaikkan kadar faedah yang radikal telah mengakibatkan kos pendanaan dan pembayaran hutang negara Afrika turut bertambah, yang merupakan penyebab utama yang mencetuskan masalah hutang bagi negara Afrika" Kata Mao.
Mao menggesa AS menyingkirkan gimik 'campur tolak' yang sama kalah dan memilih bekerjasama untuk mewujudkan situasi meneng-menang.