- Lain-lain
Anggota RCEP Teroka Peluang Perniagaan di CICPE
Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi ketiga melabuhkan tirainya di Haikou, provinsi Hainan pada Sabtu.
Dengan mempamerkan 3,382 jenama berprestij dari 65 negara dan wilayah, ekspo kali ini menerima kunjungan seramai 320,000 orang.
Sepuluh negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand turut menyertai pameran itu, dengan mempertontonkan sebanyak 360 jenama yang dibawa oleh 128 syarikat pempamer.
Pengunjung dilihat berminat akan produk bantal lateks buatan Thailand
Produk kopi jenama Fireboat dari Indonesia yang buat pertama kalinya dipamerkan pada CICPE mendapat tempat di hati pembeli China.
.
Sarang burung walet keluaran Malaysia antara produk yang paling mendapat sambutan di CICPE.
Pempamer dari Singapura memperkenalkan produk penjagaan kesihatan, sarang burung walet, jam tangan dan lain-lain kepada pembeli menerusi platform CICPE.
- CICPE Pertonton 3,300 Jenama Berprestij
- Anggota RCEP Cari Peluang Pelaburan di Hainan
- Produk Istimewa dari Xinjiang Tampil di CICPE
- CICPE Papar Warisan Budaya Tak Ketara, Serlah Pesona China
- Unsur Hijau, Salah Satu Sorotan CICPE
- Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China 2023 Tawar Lebih Kepelbagaian
- Persiapan CICPE 2023 Haikou Selesai