- Lain-lain
Pewaris Usaha Teruskan Teknik Hasil Teh Hitam Yunnan melalui Inovasi
Zhang Guoqin, pewaris teknik menghasilkan teh hitam atau teh Dianhong di pekan Fengqing, provinsi Yunnan, barat daya China, tidak berhenti berusaha untuk meneruskan teknik tersebut melalui inovasi.
Dilahirkan dalam keluarga yang telah membuat teh hitam sejak turun-temurun, Zhang menguasai teknik tersebut dari kecil lagi. Teknik tradisional ini, yang disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara China pada 2014, melibatkan pelbagai langkah seperti mengeringkan, menggulung, menapaikan dan memanggang daun teh. Selepas perkembangan selama beberapa dekad, proses membuat teh hitam di Yunnan telah menjadi semakin optimum.
Zhang menubuhkan satu kilang teh pada 2012. Dengan mengaplikasikan talian pengeluaran termaju, memastikan kualiti daun teh, menggalakkan penyelidikan dan pembangunan produk teh baharu, serta bekerjasama dengan pengusaha lain, Zhang telah menaikkan prestij industri berkenaan dan membantu petani teh tempatan meningkatkan pendapatan.
Kaunti Fengqing merupakan pangkalan pengeluaran teh hitam terkenal di Yunnan, namanya juga dikenali oleh seluruh dunia. Menurut data rasmi, kawasan penanaman teh di sini luasnya 313,300 mu (kira-kira 20,877 hektar). Menanam daun teh dan membuat teh hitam menjadi saluran penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
Zhang berharap teknik menghasilkan teh hitam Yunnan dapat terus diperturunkan dari generasi ke generasi.
- Pelancong Nikmati Teh Musim Bunga
- Teh Dididih atas Dapur, Kegemaran Terkini Golongan Muda China
- Ibis Warna-warni Muncul Semula di Yunnan
- 11 Ribu Lari Maraton Dilatari Bunga Sesawi di Yunnan
- Pesta "Axi Fire Worship" Diadakan di Yunnan
- Tiba Musim Semai Padi di Sawah Teres Yunnan
- Bunga Ceri Berkembang di Yunnan
- Awan Mirip Selimut Dilihat di Gunung Cangshan
- Bunga Ceri Semakin Mekar di Yunnan Menjelang Musim Bunga