- Lain-lain
Xiamen: “Sleeping Beauty” antara Bunga Mekar Indah
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 27 Mac 2023
Telepok berkembang di Taman Hai’wan di Xiamen. Seekor bangau putih berdiri di tepi kolam. (foto: Chen Bo/People.cn) |
Baru-baru ini, dengan cuaca suhu meningkat beransur-ansur, telepok di taman-taman Xiamen berlumba-lumba untuk berkembang.
Telepok merupakan tumbuhan akuatik berdaun terapung saka yang bentuknya serupa dengan teratai. Telepok dikatakan sangat suka akan matahari, bunganya mekar pada waktu siang dan tutup pada waktu malam, memberikannya panggilan “Sleeping Beauty” antara bunga-bunga. Selain di Taman Hai’wan, telepok juga boleh dilihat di banyak taman lain di Xiamen termasuk Taman Botani Xiamen, Taman Ekspo dan Taman Tanah Lembap Wuyuanwan. Dari 10.00 pagi hingga 16.00 petang setiap hari ialah masa terbaik untuk melihat telepok.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang