- Lain-lain
China Sokong PBB Siasati Punca Kebocoran Nord Stream
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin semalam berkata, insiden kebocoran saluran paip gas Nord Stream telah membawa impak yang berlarutan dan sejumlah besar anggota masyarakat antarabangsa menyeru agar siasatan terhadap puncanya dijalankan dengan secepat mungkin. China bersetuju dengan satu draf resolusi yang dikeluarkan Rusia yang tujuan utamanya adalah untuk mendorong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjalankan siasatan berkenaan. Siasatan antarabangsa yang diterajui PBB selaku agensi antarabangsa yang paling berwibawa dan mewakili paling banyak pihak, boleh menjadi lebih pantas dan efisien berdasarkan gabungan sumber dengan siasatan antara negara yang sudah dimulakan, dan dipercayai boleh membantu membongkar kes itu dengan secepat mungkin.
Dalam sidang media semalam, Wang berkata bahawa China menyokong Majlis Keselamatan PBB menjalankan perbincangan mengenai masalah tersebut, manakala juga terdapat sebahagian anggota UNSC dari kem negara membangun mengeluarkan pendapat dan cadangan yang rasional.
“China berharap anggota UNSC dari Barat mengamalkan semangat yang bertanggungjawab terhadap hakikat, mengetepikan kepentingan diri daripada geopolitik, menyertai rundingan tentang draf itu secara konstruktif, dan menyumbang kepada usaha UNSC untuk mencapai kata sepakat mengenai resolusi berkenaan dengan cepat.”