- Lain-lain
Pembongkaran Baharu Media Barat adalah untuk Alihkan Perhatian Masyarakat Awam: Seymour Hersh
Media Barat mendakwa bahawa sebuah kumpulan pro-Ukraine melakukan letupan ke atas saluran paip gas asli Nord Stream, dan ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat umum. Padahal, pihak Ukraine tidak berupaya membuat sedemikian.
Demikian dinyatakan oleh pemberita terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Seymour Hersh ketika diwawancara oleh wartawan dari Kumpulan Media China, Liu Xin baru-baru ini.
Seymour Hersh pada Februari lalu mendedahkan bahawa letupan saluran paip gas asli Nord Stream dilakukan oleh jabatan perisik dan tentera AS secara rahsia. Namun, media arus perdana dari negara-negara Barat hanya diam sahaja mengenai keputusan penyiasatan Seymour Hersh.
Ketika menyebut "pembongkaran baharu" media Barat, Hersh berkata bahawa mereka ingin mengalihkan perhatian masyarakat umum supaya mengabaikan laporan sebelumnya yang penuh dengan perincian.
"Dalam laporan saya terlebih dahulu, pelan AS bermula dari perayaan Kristamas tahun 2021. Penolong Hal Ehwal Keselamatan Negara Presiden, Jake Sullivan menganjurkan beberapa mesyuarat di White House dan saya tahu tempat spesifik mesyuarat mereka."
"Peserta diminta mengemukakan dua pelan mengenai cara untuk menangani projek Nord Stream, satu yang boleh ditarik balik dan satu lagi tidak," kata Hersh.
Beliau menjelaskan bahawa pelan yang boleh ditarik balik itu adalah mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Rusia, manakala yang tidak boleh ditarik balik adalah dengan penggunaan bom.
“Jika dipandang dari keputusan muktamat, mereka benar-benar ingin memusnahkan paip Nord Stream. Kerajaan Biden bimbang bahawa sekiranya Jerman mampu membeli gas asli dengan harga rendah dari Rusia, maka negara itu sukar untuk dijauhkan dari Rusia,” kata Hersh.