- Lain-lain
Perkongsian Keselamatan AUKUS Beri Tempias kepada Dunia
Perkongsian keselamatan tiga negara membabitkan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia yang dikenali sebagai AUKUS, akan memberi kesan teruk kepada keamanan rantau dan dunia.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov.
Baru-baru ini, Lavrov mengkritik rancangan kerjasama pakatan AUKUS mengenai pembinaan kapal selam berkuasa nuklear memperlihatkan tindakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk memperluas sayapnya ke Asia, sekali gus menyemai biji benih konfrontasi di rantau itu.
Untuk itu, Wang berkata AS, Britain dan Australia yang berpegang kepada mentaliti Perang Dingin ingin menubuhkan kumpulan kecil ‘Anglo-Saxon’.
“Bak 'kotak Pandora' sudah terbuka, perkongsian seumpama memberi tamparan hebat kepada kedamaian dan keselamatan rantau malah dunia,” kata beliau semasa taklimat harian di Beijing, pada Jumaat.
Kerjasama pakatan berkenaan turut diselar kerana ia akan meruntuhkan sistem ketakcambahan nuklear antarabangsa, menjejaskan rangka kerjasama rantau berpusatkan ASEAN, dan memberi tempias kepada ketenteraman Asia Pasifik.
- Kerjasama AUKUS Dikritik Keputusan Paling Buruk Australia
- AUKUS Digesa Jangan Tempuh Haluan di Jalan Salah
- AUKUS Umum Pelan Pembinaan Kapal Selam Nuklear
- Pembinaan Kapal Selam Nuklear akan Jejaskan Keamanan Serantau
- Tipu Muslihat Pakatan AUKUS Telan Kegagalan
- Pakatan AUKUS Takkan Dapat Sokongan: Duta China