- Lain-lain
AUKUS Digesa Jangan Tempuh Haluan di Jalan Salah
Pakatan AUKUS membabitkan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia digesa supaya jangan terus menempuh haluan di jalan yang salah.
Gesaan itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin susulan pengumuman tiga negara tersebut mengenai pelan pembinaan kapal selam berkuasa nuklear baharu.
"Ketiga-tiga negara hanya mengejar kepentingan geopolitik mereka sendiri, tanpa mempedulikan kebimbangan masyarakat antarabangsa," katanya semasa sesi taklimat di Beijing pada Selasa.
Wang berkata kerjasama AUKUS melibatkan pemindahan sebilangan besar uranium diperkaya tinggi (HEU) gred senjata, yang mengundang risiko berlakunya percambahan senjata nuklear.
"Perbuatan seumpama turut melanggar matlamat serta objektif Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT)," ujar beliau.