- Lain-lain
Syarikat China Jadi Tumpuan MWC
Mobile World Congress (MWC) membuka tirai di Pusat Persidangan Antarabangsa Barcelona, Sepanyol pada Isnin.
Lebih 2,000 syarikat dari lebih 200 negara dan wilayah akan berbincang mengenai trend baharu, produk terkini dan teknologi terbaharu dalam industri komunikasi mudah alih, selain bertukar-tukar pendapat tentang isu hangat dalam industri berkenaan, dalam persidangan selama empat hari.
Syarikat China pula akan menyertai persidangan tersebut dengan teknologi dan produk terkini yang menjadi tumpuan.
Bertemakan "Velocity: Unleashing tomorrow's technology – today", agenda MWC edisi kali ini akan memberi fokus kepada pemecutan 5G, rangkaian terbuka (OpenNet), sains dan teknologi kewangan, pendigitalan dan lain-lain.
Beberapa syarikat dari China seperti China Mobile, China Unicom, China Telecom, Huawei, ZTE, Xiaomi, dan OPPO menjadi tumpuan MWC kali ini berikutan terdapatnya unsur teknologi canggih 5G yang turut digunakan secara meluas termasuk di pelabuhan pintar, serta perlombongan.
Li Huan, seorang pedagang delegasi China menyatakan, teknologi 5.5G dijangka akan direalisasikan menjelang tahun 2025, sebagai tambahan kepada teknologi 5G.
Selain itu, delegasi China turut mempamerkan penggunaan teknologi 5G dalam pengangkutan pintar di Guangzhou, perlombongan pintar serta pad 3D kecerdasan buatan (AI) mata kasar.
Sebagai perhimpunan teknologi mudah alih paling termasyhur, MWC juga dianggap 'mata angin' industri tersebut.
Pihak penganjur turut menjangkakan jumlah pengunjung kali ini akan mencatat lebih 80,000 yang membawa keuntungan sebanyak 350 juta Euro (RM1.66 bilion).