99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Teguh Bela Nasib Syarikat Domestik

(CRI)Jumaat 10 Februari 2023

China menentang tindakan AS yang menggeneralisasikan konsep keselamatan negara, melanggar prinsip ekonomi pasaran dan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta bersikap samseng menyekat dan menindas syarikat China sehingga menjadikan kestabilan rantai industri dan rantai bekalan serta inovasi teknologi sejagat terjejas. China akan teguh membela nasib syarikat domestiknya dengan memelihara hak dan kepentingan milik mereka dari segi rasional dan sah. Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata demikian dalam sidang media semalam.

Shu menyatakan bahawa pihak AS sentiasa mengamkan konsep keselamatan negara pada beberapa tahun kebelakangan ini, mengambil langkah kawalan pengeksportan dengan sewenang-wenangnya, memberikan tekanan kepada negara lain agar melaksanakan perlindungan perdagangan serta menghalang perdagangan antarabangsa yang melibatkan produk semikonduktor yang normal.

“Tentang isu perdagangan semikonduktor antara China dengan Jepun dan Belanda, China berharap pihak-pihak terbabit mematuhi peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, dan menjalankan pelbagai kewajipan milik masing-masing di bawah peraturan WTO untuk memelihara perdagangan yang normal. China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak menjaga kestabilan rantai industri dan rantai bekalan dalam senario global.” Kata Shu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan