- Lain-lain
AS Digesa Henti Tindas Syarikat China
Beijing akan mengambil semua tindakan yang wajar untuk mempertahankan hak dan kepentingan sah syarikat tempatan.
Pendirian itu diulangi oleh jurucakap Kementerian Luar Mao Ning susulan perbuatan Amerika Syarikat (AS) menahan produk aluminium yang didakwa dihasilkan oleh buruh paksa di wilayah Xinjiang.
(foto: Kementerian Luar Negeri China)
Untuk itu, Mao menggesa AS supaya berhenti menindas syarikat China.
“Dengan tuduhan kononnya wujud penggunaan buruh paksa di Xinjiang, AS mempolitikkan kerjasama ekonomi dan kegiatan perniagaan yang dilakukan secara normal.
“Penahanan itu melanggar peraturan perdagangan antarabangsa, dan menjejaskan kestabilan rantai perindustrian dan bekalan global,” kata beliau semasa taklimat harian di Beijing, pada Khamis.
- China Selar Amalan AS Tindas Syarikat Teknologi
- Katakan Tidak kepada Unilateralisme dan Amalan Perlindungan: MFA
- Laporan Panel Pakar WTO Objektif, Adil
- Persekutuan Ketenteraan Tidak Dialu-alukan
- AS Digesa Buang Mentaliti Perang Dingin
- AS Digesa Henti Coret Arang pada Muka China
- China Bantah 'Larangan Pelaburan' AS
- AS Didesak Hentikan Penindasan terhadap Syarikat China