- Lain-lain
Rawatan Kebajikan Anjuran Skuad Perubatan China di Togo
Skuad perubatan China yang ditugaskan untuk kumpulan ke-25 di Togo telah menyediakan perkhidmatan rawatan kebajikan di bandar Kara, provinsi Kozah negara itu pada Sabtu lalu.
Bandar Kara yang terletak di lebih 400 kilometer dari utara Lome, ibukota Togo, kurang maju dalam bidang kesihatan dan perubatan. Seramai 600 orang pesakit dilaporkan memanfaatkan aktiviti rawatan kebajikan itu yang merangkumi internis, pembedahan umum, ginekologi dan obstetrik, ortopedik dan akupunktur perubatan tradisional Cina.
Skuad perubatan China yang terdiri daripada 14 orang ahli perubatan dari provinsi Shanxi itu juga menyumbang sekumpulan barang perubatan kepada pusat perubatan bandar Kara.
Sempena ulang tahun ke-60 misi China menghantar skuad perubatan ke Afrika, para anggota skuad tersebut menyatakan bahawa mereka akan terus menyemarakkan semangat budiman dan dermawan dan berusaha gigih menghapuskan ranjau duri dalam pelaksanaan tugasan mereka demi kesejahteraan rakyat tempatan.
- Pasukan SAR China Selesai Misi di Turkiye
- Barang Bantuan Kerajaan China Tiba di Syria
- Pasukan Penyelamat China Teruskan Operasi SAR di Turkiye
- Diari Penyelamat di Turki: SAR Rentas Sempadan yang Profesional, Jaya
- China Komited Bantu Rakyat Turkiye dan Syria Harungi Detik Sukar
- Barangan Bantuan dari China Tiba di Istanbul
- Lagi Barang Bantuan China Dihantar ke Syria
- Barangan Bantuan Kerajaan China untuk Turkiye Diangkut dari Shanghai
- Dairi Penyelamat di Turki: Lima Sekeluarga Terselamat pada Hari Kedua
- Dairi Penyelamat di Turki: Menuju ke Malatya!