99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Barangan Bantuan dari China Tiba di Istanbul

(CRI)Isnin 13 Februari 2023

Kesemua barangan bantuan kumpulan pertama yang disumbangkan kerajaan China untuk mangsa gempa bumi Turki selamat tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada Ahad.

Dihantar melalui tiga penerbangan, barangan bantuan berkenaan merangkumi khemah dan selimut yang amat diperlukan mangsa bencana di negara itu.

Pada Sabtu, 46 anggota daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) China yang sedang bertugas di Turki dikerah ke Antakya untuk menyelamatkan mangsa dan membuat penilaian risiko terhadap 24 bangunan.

Setakat ini, mereka berjaya menyelamatkan empat penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan menemui lapan lagi yang terkorban.

Pada masa sama, pasukan SAR China juga bertungkus lumus mencari tanda-tanda jika ada individu masih hidup di bawah runtuhan dan menjalankan penilaian risiko membabitkan 49 bangunan yang ranap ekoran gegaran dahsyat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan