99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pasukan Penyelamat China Jalankan Operasi SAR di Turkiye

(CRI)Rabu 08 Februari 2023
Pasukan Penyelamat China Jalankan Operasi SAR di Turkiye

Pasukan penyelamat China tiba di Adana, selatan Turkiye awal pagi tadi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan bencana gempa bumi.

Pasukan yang terdiri daripada 82 anggota itu adalah dari Pasukan Bomba dan Penyelamatan Beijing, Pusat SAR Kecemasan Gempa Bumi China dan Hospital Am Kecemasan.

Difahamkan, antara yang dibawa bersama-sama mereka adalah barang-barang untuk kegunaan SAR, peralatan komunikasi dan perubatan seberat 20 tan serta empat ekor anjing pengesan.

Setelah tiba di destinasi, pasukan itu segera mengadakan perbincangan dengan kerajaan tempatan, kedutaan besar China serta badan-badan berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menetapkan sasaran misi serta membina markas sementara.

Seterusnya, mereka terus bergegas ke kawasan bencana untuk menjalankan operasi SAR, memberi bantuan perubatan, membuat penilaian perkembangan bencana serta membina hospital bergerak.

Menurut Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), kerajaan China segera menggerakkan mekanisme bantuan kemanusiaan dan menyediakan bantuan kecemasan kepada Turkiye dan Syria setelah kedua-dua negara itu dilanda gempa bumi.

Selain itu, China menghantar pasukan penyelamat ke bandar terjejas teruk dan pasukan perubatan ke Turkiye serta barang bantuan penyelamat bencana kepada kedua-dua negara terbabit.

Naib Pengetua CIDCA, Deng Boqing berkata, pihaknya akan menyediakan bantuan kecemasan berjumlah RMB40 juta (RM25 juta) dalam kumpulan pertama kepada Turkiye.

“China akan terus menyediakan bantuan semampu boleh kepada kedua-dua negara tersebut berasaskan perkembangan bencana dan keperluan,” ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan