- Lain-lain
Gerabak Kereta Api Jadi Tempat Belajar (3)
Sebuah kereta api penumpang lama di bandar Chongqing yang dilengkapi gerabak belajar mencuri perhatian netizen di laman sosial kebelakangan ini, demikian lapor CCTV News pada Isnin lalu.
Kereta Api No. 5609/5610 Chongqingbei-Xiushan merupakan jenis “kereta api perlahan” yang bersifat kebajikan. Beberapa gerabak penumpang diubah suai menjadi gerabak belajar dengan menggantikan tempat duduk dengan meja dan kerusi belajar.
Selain daripada itu, Kereta Api No. 5619/5620 dan No. 5633/5634 yang menghubungkan Chengdu di Sichuan dan Kunming di Yunnan juga menjadikan beberapa gerabaknya tempat belajar bagi menampung permintaan pelajar-pelajar dari universiti-universiti sekitar yang sering dilihat menulis tugasan di dalam gerabak.
Beberapa gerabak Kereta Api No. Z150 Guiyang-Beijing pula diubahsuai menjadi perpustakaan, amat disukai oleh golongan mahasiswa. Difahamkan bahawa, terdapat sebanyak 400 universiti atau kolej terletak di sepanjang perjalanan Kereta Api No. Z150, menjadikannya pilihan utama para pelajar untuk kembali ke kampus. Sejak tahun 2015, gerabak makan minum tren itu dibuka secara percuma pada waktu malam dan menawarkan perkhidmatan minuman dan pustaka.
- Infrastruktur Pendidikan Pintar di China Baik: Buku Biru
- Beijing Anjur Persidangan Pendidikan Digital Dunia
- Simpanan Sumber Pendidikan Terbesar Sedunia Terbentuk di China
- Kursus Latihan Untuk Kaum Wanita di Kampung Wuying
- Guru Berdedikasi Didik Anak Perempuan
- Guru Ubah Kehidupan Penduduk Kawasan Pergunungan
- Tahniah Peng Liyuan untuk Majlis Penyampaian Hadiah UNESCO 2022