- Lain-lain
Kedinamikan Sektor Pelancongan China Pacu Pemulihan Dunia
Hubungan ekonomi dan pertukaran sosiobudaya antara China dengan negara lain diyakini akan terus dipergiat susulan penyambungan semula perkhidmatan pelancongan ke luar negara.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin, ia sekali gus menyuntik keyakinan dan momentum kepada pemulihan ekonomi sejagat.
Beliau berkata demikian pada Rabu ketika diminta mengulas berhubung tindakan banyak negara menambah baik kemudahan pelancongan dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari China.
Wang berkata kerajaan dan penggiat industri pelancongan di negara-negara terlibat membuat persiapan rapi untuk menerima kunjungan pelancong China.
"Kehadiran pengunjung China boleh menyuntik kedinamikan baharu untuk pemulihan sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi negara berkenaan.
"Sebelum pandemik COVID-19, China menjadi pasaran pelancongan ke luar negara yang terbesar di dunia selama beberapa tahun berturut-turut, dan pelancong negara ini juga antara kumpulan berbelanja terbesar,”kata beliau.
Wang turut meluahkan harapan supaya negara-negara terbabit dapat menawarkan persekitaran yang selamat dan mudah kepada pengembara dari China.
- Kapasiti Syarikat Penerbangan China Kembali Pulih, Harga Tiket ke Asia Tenggara Menarik
- China Pulihkan Perkhidmatan Pelancongan ke Luar Negara
- China Berjaya Rancakkan Kembali Industri Pelancongan
- 656 Ribu Penumpang Guna Lapangan Terbang Daxing Beijing Semasa TBC
- Bali Sambut Ketibaan Penerbangan Carter Pertama dari China
- Keinginan Rakyat China untuk Melancong ke Luar Negara Meningkat
- Manila Tidak Sabar Sambut Kedatangan Semula Pelancong
- Sanya Terima Tiga Bot Persiaran dari Luar Negara
- Jumlah Pelancong ke Makau Cipta Rekod
- Kalangan Pelancongan Itali Tak Sabar Terima Pelancong China