- Lain-lain
Bali Sambut Ketibaan Penerbangan Carter Pertama dari China
Majlis sambutan dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan Indonesia dan kerajaan provinsi Bali di lapangan terbang Bali pada pagi Ahad untuk mengalu-alukan ketibaan penerbangan carter pertama dari China pada tahun 2023.
Nyanyian dan tarian tradisional Bali serta tarian singa yang merupakan tradisi sambutan Tahun Baharu Cina diadakan di lapangan terbang Bali sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong China dari Shenzhen.
Setiap pelancong juga disambut mesra dengan dipakai kalungan bunga dan dihadiahkan cendermata.
Gabenor provinsi Bali, Wayan Koster dalam majlis sambutan itu berkata, pihaknya amat mementingkan pasaran China kerana ia antara pasaran terbesar bagi kemasukan pelancongan ke Bali. Jumlah pelancong China ke pulau peranginan itu pernah mencecah 1.4 juta pada masa puncak pelancongan. Kepulangan pelancong China dipercayai akan merancakkan perkembangan industri pelancongan di Bali.
- Keinginan Rakyat China untuk Melancong ke Luar Negara Meningkat
- Manila Tidak Sabar Sambut Kedatangan Semula Pelancong
- Sanya Terima Tiga Bot Persiaran dari Luar Negara
- Jumlah Pelancong ke Makau Cipta Rekod
- Kalangan Pelancongan Itali Tak Sabar Terima Pelancong China
- Indonesia Sedia Sambut Pelancong China dengan Karpet Merah
- Pelancongan Rentas Sempadan Melonjak Sempena Tahun Baharu
- HKDL: Bersedia untuk Mengalu-alukan Pelancong
- Tempat Peranginan Kembali Popular Setelah Kunjungan Pelancong China
- 52.71 Juta Pelancong Domestik Sempena Cuti Tahun Baharu