99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

CMG Anjur Forum Kemuncak Komuniti Media Jalur dan Laluan

(CRI)Rabu 15 Februari 2023

Usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjadi platform berkesan untuk memperkasa kolaborasi antarabangsa dan pendekatan penting bagi sinergi ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian ujar Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong ketika menyampaikan ucaptama dalam Forum Kemuncak Komuniti Media Jalur dan Laluan 2023, di Beijing pada Selasa.

Beliau berkata anggota komuniti media berkenaan harus berperanan sebagai penggalak interaksi dan integrasi antara tamadun, sekali gus menyumbang kepada pembinaan dunia yang lebih indah.

Peserta forum sependapat bahawa komuniti itu amat penting bagi memperluas kerjasama antarabangsa sesama media demi situasi saling menguntungkan, dan pelaksanaan BRI memerlukan kerjasama media.

Mereka turut berjanji akan bergabung tenaga untuk meningkatkan persefahaman antara negara serta kaum berbeza, dan menghebahkan wawasan manusia yang mengejar pembangunan secara harmoni.

Selepas tujuh tahun berkembang, anggota komuniti media Jalur dan Laluan serta rakan-rakannya kini membabitkan 143 buah agensi di 63 negara dan wilayah.

Forum anjuran CMG dan Perbadanan Televisyen Antarabangsa China (CITVC) itu disertai secara hibrid oleh lebih 120 wakil daripada 54 media arus perdana dari 33 negara dan wilayah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan