99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kerjasama China-GCC Lebih Dinamik

(CRI)Isnin 12 Disember 2022

Sidang Kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pertama diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 9 Disember lalu. Dalam pertemuan pertama antara pemimpin China dan negara-negara GCC itu, Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting.

Sebagai hasil ikonik sidang kemuncak tersebut, China dan GCC memutuskan untuk membina dan meningkatkan hubungan perkongsian strategik kedua-dua pihak, sekali gus membuka halaman baharu kerjasama China-GCC.

GCC, pertubuhan politik dan ekonomi utama di kawasan Teluk, dianggotai enam negara serantau, iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait, Oman dan Bahrain.

Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, kerjasama China dan GCC membuahkan hasil cemerlang. China mengekalkan status sebagai rakan dagang terbesar bagi GCC selama bertahun-tahun, dan telah menandatangani dokumen kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan enam negara anggota GCC, sekali gus memaparkan hubungan kerjasama yang dinamik.

Presiden Xi ketika berucap pada sidang kemuncak kali ini menyatakan bahawa dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, China bersedia meningkatkan kerjasama dengan anggota GCC dalam bidang sumber tenaga, kewangan dan pelaburan, sains dan teknologi, aeroangkasa, serta bahasa dan kebudayaan.

Beliau menegaskan bahawa China akan terus mengimport minyak mentah dalam kuantiti besar dan meningkatkan pengimportan gas asli cecair dari negara GCC, di samping mempergiat kerjasama teknologi kedua-dua pihak dalam sumber tenaga rendah karbon dan hijau.

Pada masa sama, menurut Xi, China bersedia bersama-sama negara-negara GCC membina pusat data raya dan perkomputeran awan, meningkatkan kerjasama teknologi 5G dan 6G. Langkah-langkah tersebut bukan sahaja merangka pelan pembangunan bagi kerjasama sumber tenaga China-GCC, malah juga melonjakkan kerjasama teknologi tinggi kedua-dua pihak ke tahap baharu, sekali gus membawa penggerak baharu kepada sosioekonomi kedua-dua pihak.

Negara-negara GCC menyatakan bahawa mereka bersedia melaksanakan hasil sidang kemuncak kali ini, mempergiat kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang-bidang utama demi memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat. Dengan usaha bersama itu, hubungan China-GCC yang “bersejarah lagi muda” itu pasti akan menyambut masa depan yang lebih cerah. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan