- Lain-lain
Kempen Sukan Ais & Salji OKU China ke-7 Dirasmikan
Sebagai sebahagian siri aktiviti sambutan ulang tahun pertama perasmian Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, “kempen sukan ais & salji Orang Kelainan Upaya (OKU) China ke-7” dan “karnival ais & salji OKU Beijing 2023” telah dirasmikan di Taman Ekspo Dunia di bandar Beijing semalam. Lebih 800 orang wakil OKU dan sukarelawan menyertai temasya tersebut.
Pemenang pingat emas acara Curling kerusi roda Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dan edisi 2018 di Pyeongchang, Chen Jianxin menampil membaca sepucuk surat inisiatif dalam upacara perasmian temasya tersebut untuk menggalakkan saudara-saudari OKU keluar menyertai aktiviti sukan dan belajar menghayati daya tarikan sukan ais & salji.
Selanjutnya, Kejohanan Curling Kerusi Roda Kebangsaan China bakal diadakan di Beijing pada 22 hingga 26 Februari, dan satu pameran karya kebudayaan OKU akan diadakan di Muzium China Millennium Monument pada 4 Mac nanti.
Menurut pihak penganjur, diharapkan agar golongan OKU mendapat bantuan dan aspirasi yang lebih banyak untuk keluar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan senaman musim sejuk.
- Pameran dan Karnival "Kecemerlangan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing" Dirasmikan
- Legasi Olimpik Untungkan Masyarakat China: Bach
- Beijing Siar Laporan Legasi Olimpik Musim Sejuk
- Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Beri Manfaat Sosial dan Ekonomi Berterusan: IOC
- Fasiliti Media Olimpik Musim Sejuk Beijing Diiktiraf Terbaik
- Pusat Ski Olimpik Dibuka kepada Umum Sempena Musim Sejuk
- Sukan Asia Hangzhou Lancarkan Pembawa Obor Digital
- Jumlah Penonton Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, 2 Bilion