- Lain-lain
Jumlah Penonton Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, 2 Bilion
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah mengumumkan satu laporan pada Khamis waktu tempatan yang menyebut jumlah penonton siaran global Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing mencatat lebih 2 bilion.
Menurut laporan terbabit, penonton di seluruh dunia pernah menonton siaran global tentang temasya sukan itu selama 713 bilion minit, iaitu lebih tinggi 18% berbanding yang tercatat semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang.
Semasa tempoh Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, Kumpulan Media China (CMG) sebagai badan penyiar utama telah menugaskan lebih 3,000 stafnya dalam menawarkan satu temasya sukan yang menarik, cemerlang dan luar biasa. Keunggulan CMG melibatkan pelaksanaan strategi "5G+4K/8K+AI", penghasilan signal awam antarabangsa 8K pada majlis perasmian dan penutupan temasya sukan buat kali pertama, penyiaran 4K sepanjang proses berlangsungnya Sukan buat kali pertama, serta pembinaan dan pengoperasian studio penyiaran langsung mudah alih dimensi ultra tinggi 5G di kereta api laju yang pertama di dunia. Presiden IOC, Thomas Bach memberi pujiannya yang sangat tinggi berhubung baik pencapaian mahupun lingkungan penyiaran CMG yang dilihat tiada tolok bandingnya dalam sejarah silam.