- Lain-lain
Erat Tali Kekeluargaan, Biarnya Kesibukan Harian: Xi (2)
Pesta Kuih Bulan antara perayaan tradisional terpenting bagi masyarakat China.
Ia bukan sahaja memperlihatkan hasrat orang China terhadap kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan menerusi aktiviti berkumpul, tetapi juga membawa pengertian yang amat bermakna dalam mencintai tanah air.
Presiden Xi Jinping pernah memberikan huraian mengenai pengertian perayaan tradisional tersebut.
Menurut beliau, China sedang mengalami perubahan pesat. Dalam mencari rezeki demi kelangsungan hidup, ada ketikanya orang ramai sampai lupa untuk makan atau tidak tidur kerana terlalu fokus kepada pekerjaan.
Xi mengingatkan masyarakat supaya menitikberatkan hubungan kekeluargaan biarnya dalam kesibukan tugasan harian di tempat kerja atau pun berada jauh daripada ahli keluarga.
Sempena sambutan tahun baharu 2022, Xi menerusi perutusannya berkata, “Seperti negara kita yang besar, kita juga mempunyai keutamaan yang banyak. Pada dasarnya, setiap urusan boleh dikatakan berkaitan dengan kehidupan rakyat.”
Kata-kata penuh emosi itu memperlihatkan karisma Xi yang sentiasa cakna akan kebajikan rakyat.
Presiden itu berpandangan, nasib keluarga berkait rapat dengan nasib negara dan bangsa.