- Lain-lain
Xi Hadir Jamuan Makan Malam di Macau
Presiden China Xi Jinping menghadiri jamuan malam alu-aluan yang dianjurkan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Makau, pada Khamis dan menyampaikan ucapan.
Xi berkata kerajaan SAR Makau penggal kelima bersatu padu dan membimbing pelbagai kalangan masyarakat tempatan mendorong pemulihan ekonomi dan mencapai kemajuan menyeluruh dalam pelbagai sektor, sekali gus menulis lembaran baharu bagi kejayaan pelaksanaan "satu negara dua sistem" yang bercirikan Macau.
Xi turut menzahirkan harapan agar Macau dapat lebih proaktif melibatkan diri dalam strategi pembangunan negara seperti pembinaan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, dan memainkan peranan lebih besar di arena antarabangsa.
Beliau mahu Macau berpegang teguh dalam mencintai tanah air dan Macau untuk menyambut keterbukaan, keterangkuman dan perpaduan bertahap lebih tinggi, di samping menarik lebih banyak bakat untuk terlibat dalam pembinaan Macau yang lebih indah.
Selain itu, Xi juga meningatkan SAR itu supaya berusaha lebih gigih dan berani untuk berinovasi, menggunakan lebih baik kelebihan "satu negara, dua sistem", demi menciptakan kecemerlangan baharu dalam pembangunan Macau.