99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Dekati Pembangunan Berintegrasi Bandar-Desa China Melalui Infrastruktur Jalan Luar Bandar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 Disember 2024

Jalan di luar bandar, yang merupakan medium kepada pengangkutan lalu lintas, telah memberi sumbangan signifikan kepada kemajuan di desa. Bertindak sebagai penghubung antara kawasan bandar dan luar bandar, ia disifatkan sebagai enjin penting dalam mengintegrasikan pembangunan antara bandar dan desa.

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, China telah membina dan menaik taraf lebih daripada 2.5 juta kilometer jalan luar bandar, sekali gus memastikan semua pekan, bandar dan kampung-kampung pentadbiran dihubungkan dengan jalan berturap, serta perkhidmatan bas dan penghantaran.

Foto bertarikh 27 Ogos 2024 ini memaparkan keindahan kampung Pingshu, kaunti Sansui, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan di Provinsi Guizhou. (People’s Daily Online/Yang Jian)

Foto bertarikh 27 Ogos 2024 ini memaparkan keindahan kampung Pingshu, kaunti Sansui, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan di Provinsi Guizhou. (People’s Daily Online/Yang Jian)

Sepanjang tempoh itu juga, sejumlah 821 pekan, bandar dan 70,600 kampung-kampung pentadbiran telah disambungkan oleh jalan berturap; lebih daripada 1,000 pekan dan bandar serta 50,000 kampung-kampung pentadbiran mendapat akses kepada perkhidmatan bas; dan lebih daripada separuh kampung-kampung pentadbiran seluruh China mempunyai akses perkhidmatan bas.

Jalan luar bandar yang tersambung tersebut secara tidak langsung melancarkan lagi kawasan bandar dan desa, seterusnya menyuntik daya hidup kawasan luar bandar secara keseluruhannya.

Kampung Fuping di Provinsi Gansu, barat laut China adalah contoh nyata dalam pembangunan jalan luar bandar di China.

Berada pada paras altitud 2,100 meter, ia merupakan salah satu kampung terpencil di pekan Xinzhai, kaunti Tanchang, bandar Longnan, yang sangat terdedah kepada tanah runtuh dan kerosakan jalan ketika hujan lebat berikutan kedudukannya di kawasan pergunungan.

Bagi mengatasi masalah kepada jalan yang dibina pada 2017 itu, pihak berkuasa pengangkutan tempatan melakukan usaha jitu untuk memperkukuh cerun, membaik pulih bahagian yang rosak dan dasar jalan.

Seorang petani cili yang juga pengguna harian jalan itu, Xu Zhijie berkata bahawa pengangkutan kini memudahkan urusan jualannya, sambil menambah bahawa dia boleh memandu trak tanpa perlu membimbangkan tentang jalan tutup ketika hujan lebat.

Foto bertarikh 11 Oktober 2024 memperlihatkan penaiktarafan jalan luar bandar sedang dilaksanakan di kampung Pancong, pekan Digang, di Wuhu, Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Qian Ming)

Foto bertarikh 11 Oktober 2024 memperlihatkan penaiktarafan jalan luar bandar sedang dilaksanakan di kampung Pancong, pekan Digang, di Wuhu, Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Qian Ming)

Mutakhir ini, Xu menerima pesanan dalam jumlah besar dan menghantar cili di bandar-bandar seperti Lanzhou dan Zhangye. Katanya, dengan jalan raya yang semakin baik, urusan perniagaannya telah memperlihatkan peluang perniagaan yang lebih cemerlang.

Penaiktarafan infrastruktur kenderaan serta penyelesaian kesesakan logistik secara tidak langsung telah mempercepat pembangunan e-dagang luar bandar.

Untuk rekod, China telah menyambungkan laluan logistik di semua pekan dan bandar, serta mengembangkan perkhidmatan penghantaran ekspres kepada lebih 80 peratus kampung dalam negara.

Lebih daripada 1,500 unit pentadbiran bertaraf kaunti di negara itu telah mencapai integrasi pengangkutan penumpang luar bandar, pengangkutan muatan dan penghantaran surat, selain turut mengendalikan lebih 900 juta bungkusan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Tahun lalu, jualan runcit dalam talian China bagi produk pertanian telah mencapai RMB587.03 bilion, iaitu peningkatan 12.5 peratus dari tahun ke tahun.

Dengan penaiktarafan infrastruktur pengangkutan, ia juga telah mendorong kepada penambahbaikan industri-industri di luar bandar.

Foto bertarikh 22 Oktober 2024 ini memperlihatkan jalan luar bandar di kampung Huazhai, daerah Ganzhou, di Zhangye, Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Yang Xiao)

Foto bertarikh 22 Oktober 2024 ini memperlihatkan jalan luar bandar di kampung Huazhai, daerah Ganzhou, di Zhangye, Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Yang Xiao)

Kampung Liuying, dahulunya mempunyai jalan yang sempit dan tidak diselia dengan baik, kini menjadi destinasi pelancongan luar bandar yang terkenal setelah jalan sejauh 13 kilometer dari kampung Liuying ke Heshui dinaik taraf.

Petani tempatan, Chen Tianlong kemudiannya memanfaatkan penaiktarafan tersebut dengan menanam pokok pic di kawasan seluas 50 hektar di Gunung Liuying, seterusnya mendorong kepada kerancakan eko-pertanian dan pelancongan pertanian.

Pembangunan jalan luar bandar turut memberi limpahan manfaat buat penduduk tempatan. Pada separuh pertama 2024, pekan Tuqiao telah menerima kedatangan pelancong lebih 2 juta orang, menjana hasil sebanyak RMB180 juta.

Pada masa sama, jualan produk pertanian utama direkodkan melebihi RMB60 juta, manakala produk pertanian yang diproses membawa pendapatan sebanyak RMB100 juta. Ketika ini, pendapatan boleh guna per kapita untuk penduduk luar bandar di pekan itu pula mencecah RMB27,000, iaitu peningkatan 9 peratus dari tahun ke tahun.

Jalan luar bandar bukan sahaja menjadi penghubung kepada pemandangan yang indah, tetapi turut membawa kemakmuran lebih besar buat industri serta membantu meningkatkan taraf hidup kehidupan rakyat.

Menjelang penghujung 2023, 14.7 peratus penduduk kampung di China telah berkecimpung dalam pelancongan luar bandar serta pertanian senggang, dengan menjadi tuan rumah kepada 3 bilion pelancong pada tahun tersebut.

Untuk tiga suku pertama 2024, China telah membuat kemajuan dalam pembangunan berintegrasi industri luar bandar hasil daripada peningkatan keuntungan dalam pemprosesan pertanian dan model perniangaan serta industri baru muncul.

Kini, pendapat boleh guna per kapita penduduk luar bandar China telah mencecah RMB16,740, iaitu pertumbuhan 6.3 peratus dari tahun ke tahun (setelah mengambil kira inflasi).

Video

Berita Berkaitan