- Lain-lain
Pasaran Kerja China Kekal Stabil
Para pelajar menghadiri pameran kerjaya di Universiti Tsinghua di Beijing, pada 15 Mac 2024. (Foto/Xinhua)
Agensi berita China Daily melaporkan bahawa pasaran kerja China pada 11 bulan pertama 2024 secara amnya kekal stabil apabila hasil tinjauan kadar pengangguran bandar menurun dari tahun ke tahun untuk tempoh yang sama.
Menurut kenyataan Biro Statistik Kebangsaan (NBS), kadar pengangguran berada pada paras 5.1 peratus dari Januari hingga November, iaitu menurun 0.1 mata peratusan berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pada November, tinjauan kadar pengangguran bandar di China berada pada 5 peratus, iaitu sama dengan bulan sebelumnya.
Tinjauan kadar pengangguran bandar di 31 bandar utama pula kekal pada 5 peratus, sekali gus tidak menyaksikan perubahan berbanding bulan sebelumnya.
Pihak berkuasa China telah memperkukuh sokongan pekerjaan untuk perniagaan dan pekerja, termasuk pengurangan kadar premium untuk insurans pengangguran, bayaran balik insurans dan subsidi untuk latihan kemahiran vokasional, antara langkah lain.
Memetik data NBS, China telah mencipta sejumlah 10.49 juta pekerjaan bandar baharu dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, serta turut menetapkan sasaran untuk menjana lebih 12 juta pekerjaan bandar pada 2024.