99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Mahu Modenisasi China Beri Manfaat Kepada Rakyat

(CRI)Selasa 17 Disember 2024
Xi Mahu Modenisasi China Beri Manfaat Kepada Rakyat

Presiden China, Xi Jinping menggesa supaya terus berpegang kepada prinsip berkhidmat untuk rakyat selain usaha pembangunan yang mengutamakan rakyat.

Beliau pada masa sama juga menyeru supaya sentiasa menjaga keperluan dan memastikan rakyat dapat menikmati hasil daripada pembangunan modenisasi negara.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China berkata demikian ketika berucap dalam Simposium Memperingati Ulang Tahun ke-100 tokoh ulung PKC, Qiao Shi yang diadakan di Beijing pada Isnin.

Xi berkata, PKC mempunyai ramai tokoh hebat yang berjuang untuk pembaharuan dan pembangunan China dan Qiao Shi merupakan salah seorang daripada mereka.

"Tujuan kita memperingati Qiao Shi adalah untuk belajar supaya mempunyai budi pekerti mulia seperti beliau, selain taat kepada perjuangan asal dan rajin bekerja demi rakyat," kata Xi.

Video

Berita Berkaitan