- Lain-lain
Tinjauan CGTN: China Siap Mencapai Matlamat Pembangunan 2024
Tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh CGTN di bawah Kumpulan Media China (CMG) menunjukkan bahawa 92.4% responden berkeyakinan tinggi terhadap prospek ekonomi China, dan berharap China akan terus memainkan peranan enjin dalam pertumbuhan ekonomi global supaya membawa lebih banyak kepastian dan peluang bagi ekonomi dunia.
Menurut tinjauan itu, 90.7% responden menyanjung tinggi potensi dan daya tahan ekonomi China, dan beranggapan bahawa trend positif ekonomi China tidak akan berubah untuk suatu jangka masa yang panjang. Di samping itu, terdapat responden yang memberi perhatian pada siri dasar China yang baru dikemaskini untuk tujuan merangsangkan penggunaan dan meningkatkan kecekapan pelaburan.
Dalam pada itu, 88.2% responden berpendapat bahawa pendekatan China berkenaan boleh dipelajari oleh negara lain.
Di sebalik ekonomi global yang lembap, China kekal menduduki tangga teratas dalam ranking pertumbuhan ekonomi entiti utama dunia. Fenomena itu dijadikan bukti di mata 89.4% responden bahawa pemulihan ekonomi global tidak terlepas dari pembangunan ekonomi China yang mantap, sedangkan 87.2% berharap kesan limpahan daripada peningkatan tahap keterbukaan China boleh dimanfaatkan dan peluang yang wujud dalam pembangunan China juga boleh dikongsikan bersama.
Sejak awal tahun ini, China kian memperluaskan bilangan negara asing dengan kemasukan bebas visa untuk memudahkan mobiliti keanggotaan dalam pertukaran China dengan luar negara.
93.2% peratus responden berpendapat bahawa ini menunjukkan tekad dan keyakinan China untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan.
China mula memberikan layanan tarif sifar ke atas semua produk dari negara-negara yang paling kurang maju yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China sejak bulan ini.
Menurut tinjauan itu, China mendapat pujian daripada 91.9% responden kerana mendorong "Kerjasama Selatan-Selatan" melalui tindakan yang ketara yang dilihat sebagai sumbangan yang penting bagi pembangunan bersama negara-negara di Selatan Global, di samping memperlihatkan usaha China menunaikan tanggungjawabnya yang selaras dengan negara kuasa besar, beserta keazamannya untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa.
Tinjauan kali ini dilancarkan menerusi platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, dan disertai lebih 5,142 orang pengguna siber dalam masa 24 jam.
- Xi Bertemu Ketua-ketua Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa Utama
- Sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB Dirasmikan
- Kerjasama Brazil, China Amat Berhasil - Kata Naib Presiden Brazil
- WB Semak Naik Unjuran Ekonomi Global
- OECD Semak Naik Unjuran Pertumbuhan Global kepada 3.1 Peratus
- Ekonomi Global Hadapi "Risiko Buruk" Ekoran Defisit AS Melambung: IMF
- Inovasi Menjadi Kuasa Penggerak Utama Pembangunan Ekonomi China: Pegawai IMF
- IMF Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Sejagat kepada 3.2%
- Sumbangan China terhadap Pertumbuhan Global Dijangka Lebihi 30%
- OECD Unjur Ekonomi Dunia Tumbuh 2.9 Peratus