- Lain-lain
Mesyuarat Kerjasama China-Vietnam ke-16 di Beijing
Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Kerjasama Bilateral China-Vietnam ke-16 telah diadakan di Beijing pada Selasa, dengan dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China, Wang Yi dan Naib Perdana Menteri Vietnam merangkap Menteri Luar, Bui Thanh Son.
Wang Yi berkata, kedua-dua negara diharap mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dan interaksi kerjasama, memanfaatkan mekanisme dialog strategik dalam bidang diplomatik, pertahanan negara dan keselamatan awam, menggalakkan pencapaian yang saling menguntungkan, membentuk rantaian pembekalan industri transnasional yang mantap dan lancar, mempertingkat kolaborasi melibatkan ekonomi baharu, terus memupuk persahabatan di kalangan rakyat, menambah perkhidmatan penerbangan awam, di samping menangani perselisihan secara berhemah serta mendorong sektor maritim mencapai kemajuan baharu dalam kerjasama.
Bui Thanh Son menyatakan, Vietnam bersedia melaksanakan persepakatan pemimpin parti dan negara kedua-dua pihak, memanfaatkan momentum yang akan wujud dalam perayaan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik pada tahun depan, mengekalkan interaksi peringkat tinggi, memupuk rasa yang saling mempercayai dalam bidang politik, memperdalam kolaborasi dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pembangunan infrastruktur, pertanian, sosiobudaya serta di peringkat daerah, meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal pelbagai hala, dan menangani perselisihan secara berhemah supaya dapat mendorong penaiktarafan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.
Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju menandatangani perjanjian antara kerajaan tentang pembinaan landasan keretapi rentas sempadan yang standard.
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Vietnam
- Usahawan China-Vietnam Diharap Manfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0
- China, Vietnam Ikrar Perkasa Kerjasama
- PM Li Temui Presiden Vietnam
- Xi Terima Kunjungan Pemimpin Vietnam
- Taufan Yagi: PM Li Sampaikan Simpati kepada Vietnam
- Peng Liyuan Bertemu Wanita Pertama Vietnam
- Bank Pusat China, Vietnam Tandatangani MoU Kerjasama Kewangan
- China Sanggup Suburkan Persahabatan, Eratkan Kerjasama dengan Vietnam - PM Li
- Presiden China, Vietnam Adakan Perbincangan