Keindahan Hutan Sipres Paya di Bandar Ningguo Pikat Pelancong
|
Pelancong bersiar-siar menaiki bot melalui hutan sipres paya di taman paya yang terletak di pekan Fangtang, bandar Ningguo, Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng) |
Apabila musim sejuk tiba, pokok-pokok di taman paya sipres di pekan Fangtang, bandar Ningguo, Provinsi Anhui di timur China kelihatan memukau dengan kehadiran warna merah dan emas, sekali gus mencipta pemandangan indah, serta menarik pengunjung tempatan mahupun luar.
Difahamkan, taman paya ini mempunyai lebih daripada 133.33 hektar hutan sipres paya. Didampingi dengan elemen sungai berliku yang mengalir di celah-celah pokok, ia secara tidak langsung menghasilkan satu pemandangan yang menakjubkan.
Terletak di sepanjang lebuh raya indah di selatan Anhui, taman paya ini sangat popular semasa musim luruh dan musim sejuk. Waktu terbaik untuk melawatnya adalah dari pertengahan November hingga akhir Disember, iaitu apabila pokok-pokok sipres paya berada di kemuncak warnanya.
|
Pelancong bersiar-siar menaiki bot melalui hutan sipres paya di taman paya yang terletak di pekan Fangtang, bandar Ningguo, Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng) |
|
Pelancong bersiar-siar menaiki bot melalui hutan sipres paya di taman paya yang terletak di pekan Fangtang, bandar Ningguo, Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng) |
|
Hutan sipres paya yang didampingi sungai, mencipta landskap menakjubkan dan penuh warna di taman paya yang terletak di pekan Fangtang, bandar Ningguo, Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng) |
|
Foto menunjukkan keindahan dedaun merah hutan sipres paya di taman paya yang terletak di pekan Fangtang, bandar Ningguo, Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Li Ximeng) |