- Lain-lain
Pembuat Bateri China Lancarkan Projek di Indonesia
Menurut laporan laman sesawang Bloomberg edisi bahasa Indonesia, satu anak syarikat Contemporary Amperex Technology Co.,Ltd. bersama Indonesia Battery Corporation (IBC) mengumumkan penubuhan satu syarikat usaha sama dengan pelaburan kira-kira sebanyak USD1.2 bilion (RM5.3 bilion) untuk membina sebuah kilang bateri di Karawang, Jawa Barat Indonesia yang akan beroperasi secara rasmi pada tahun 2027, dengan kapasiti pengeluaran tahunan dijangkakan sebanyak 15 GWH.
Projek ini merupakan sebahagian dalam rancangan kerjasama antara CATL dengan IBC. Kedua-dua pihak sudah berjanji dengan jumlah pelaburan USD6 bilion (RM26.5 bilion) membina satu ekosistem bateri untuk kegunaan kenderaan elektrik (BEV) yang merangkumi rantai industri yang lengkap, yang dipercayai boleh mendorong perkembangan industri BEV di Indonesia bahkan di sejagat.
Menurut laporan lain, kerajaan Indonesia selama ini berusaha menarik pelabur asing ke dalam industri BEV berikutan pengeluaran nikel yang besar di negara itu. Pada awal tahun ini, Hyundai Motor Group Korea Selatan dan LG Energy Solutions Co., Ltd. telah membina kilang bateri pertama mereka di Indonesia, manakala syarikat BTR China membuka satu kilang bahan katod di sana.
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Teroka Pasar Malam di Shenzhen
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Tentera China, Indonesia akan Adakan Latihan Bersama “Peace Garuda-2024”
- Kerjasama Jadi Pendekatan ke Arah Keamanan, Kemakmuran: Prabowo
- Presiden Xi Bertemu Presiden Indonesia Prabowo
- Presiden Indonesia Prabowo Bakal Lawat China
- Kedutaan Indonesia di China Adakan Sambutan Hari Kebangsaan
- Presiden Indonesia Baharu Terima Kunjungan Naib Presiden China
- Han Zheng akan Lawat Indonesia dan Brunei
- Xi Ucap Tahniah kepada Prabowo Subianto Jawat Presiden Indonesia
- China, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama BRI
- Indonesia Intai Teknologi Pertanian China, Mahu Capai Kerterjaminan Makanan