99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Gesa Tamatkan Konflik Rusia-Ukraine

(CRI)Khamis 28 November 2024

Pihak-pihak berkaitan termasuk Amerika Syarikat (AS) didesak berusaha bersama-sama China untuk menamatkan perang di Ukraine.

Seruan itu dibuat Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap pada mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Ukraine pada Rabu.

Menurut beliau, krisis Ukraine masih berlarutan, dan konflik di darat semakin meruncing. Jumlah senjata yang digunakan di medan perang terus meningkat, sementara jenisnya bertambah banyak, termasuk senjata jarak jauh, bom kluster, malah periuk api antipersonel juga dilaporkan akan digunakan.

"Sehubungan dengan itu, China menyeru pihak-pihak terlibat, termasuk AS, supaya berusaha bersama-sama China untuk menamatkan peperangan," kata Geng.

Video

Berita Berkaitan