99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Black Myth: Wukong Ungguli Hadiah Utama di London

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 25 November 2024

Patung Wukong, protagonis permainan video China, Black Myth: Wukong dipamerkan pada Rabu di reruai Game Science, syarikat yang membangunkan permainan video popular itu di Ekspo Cahaya Internet di Wuzhen, Provinsi Zhejiang. (Foto Wang Jing/China Daily)

Patung Wukong, protagonis permainan video China, Black Myth: Wukong dipamerkan pada Rabu di reruai Game Science, syarikat yang membangunkan permainan video popular itu di Ekspo Cahaya Internet di Wuzhen, Provinsi Zhejiang. (Foto Wang Jing/China Daily)

Permainan video bertaraf 3A pertama China, Black Myth: Wukong tahun ini muncul sebagai bintang pada anugerah permainan video paling berprestij dan tertua, iaitu Golden Joystick Awards ke-42 di London, pada Khamis.

Lapor agensi berita China Daily, permainan video yang berdasarkan sastera klasik China itu berjaya mengungguli pesaing-pesaing lebih senior, dengan merangkul anugerah Ultimate Game of the Year dan Best Visual Design.

Untuk rekod, anugerah yang diwujudkan pada 1983 itu mencerminkan trend industri dan meraikan kejayaan di dalam industri permainan video dengan jutaan pemain seluruh dunia turut serta dalam proses mengundi.

Menurut China Daily, pada tahun ini, lebih 12 juta undian awam telah dibuang ke atas 125 permainan, studio, perkakasan dan rancangan televisyen untuk 21 kategori. Permainan video dari China itu juga berjaya mengetepikan pencabar utamanya seperti Final Fantasy VII Rebirth, Astro Bot, dan Silent Hill 2.

Feng Ji, Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Game Science merangkap pengarah Black Myth: Wukong dalam ucapannya berkata penghargaan itu secara tidak langsung membuktikan kualiti permainan video itu sendiri.

Malah, beliau turut mengajak lebih ramai pemain untuk mengikut rapat syarikatnya, dengan membayangkan terdapat kejutan yang bakal diberikan.

Black Myth: Wukong, yang dibangunkan oleh syarikat berpusat di Shenzhen itu merupakan permainan aksi diinspirasikan oleh mitologi Cina dan novel klasik abad ke-16, Journey to the West.

Dilancarkan di seluruh dunia pada 20 Ogos, permainan itu terjual kira-kira 20 juta unit pada bulan pertama, menjadikannya salah satu permainan terpantas sepanjang masa. Setakat ini, ia telah menjadi salah satu permainan yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan jumlah pemain tertinggi melebihi 2 juta orang di Steam.

Video

Berita Berkaitan